Saturday, 12 September 2015

Damailah Duhai Sahabat

Duhai sahabat,
Pergimu tak kusangka,
Disaat aku sedang bergembira,
Ku mendapat berita bahawa Kai telah tiada..

Tersentak hatiku pabila diberitahu,
Sahabat yang selalu mengusikku...telah pergi,
Entah apa akan terjadi pada hari-hariku,
Hanya sunyi dan sepi..

Senyumanmu bermain di mata,
Gelakmu mencengkam jiwa,
Gurauanmu akan kurindui,
Namamu sentiasa dihati....

Damailah kau disana,
Jangan kau fikirkan lagi tentangku disini,
Ku doakan kau tenang disana,
Bahagialah kau disana selamanya...
Sahabat..

Kehilangan : 15 April 2015
Ditemui : 16 April 2015

Al-fatihah....

No comments:

Post a Comment