Aku cuba menyembunyikan kesedihanku
Disebalik senyum palsuku..
Kerna..aku tahu
Tiada siapa akan memahami
Dan kemudian memujuk rajukku...
Aku cuba menyembunyikan tangisku..
Disebalik gelak tawa
Kerna..aku tidal mahu orang bertanya
Apa sebab tangisku itu..
Tetapi..
Andai sudah tak tertahan airmata ini
Aku akan memohon agar hujan turun selebatnya
Kemudian..
Aku akan bermain hujan itu
Dengan bibir tersenyum
Biar mereka nampak kegembiraanku
Tapi bukan kesedihanku..
No comments:
Post a Comment